Colmar Village, France
Posted On Sunday, October 7, 2007 at at 10:59 PM by SA
Dalam perjalanan pulang dari Zurich, sebagaimana perjalanan pergi kami akan merentasi negara Perancis untuk tiba ke Saarland. Negeri yang dilalui bernama Alsace yang mempunyai 2 bandar yang terkenal dengan kecantikan dan tarikan pelancong iaitu Strasbourg dan Colmar. Namun kali ini kami tidak sempat lagi untuk singgah ke Strasbourg yang juga merupakan ibu negeri Alsace. Kita simpan lawatan ke Strasbourg untuk lawatan khas akan datang, InsyaAllah. Kali ini kita bercerita tentang Colmar sahaja dulu.
Colmar Village merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Alsace, Perancis. Kampung unik ini telah wujud sejak dari kurun ke-9 lagi. (Pada masa ni negara kita masih lagi dalam abad zaman pemerintahan Srivijaya dengan manusia masa tu semuanya beragama Hindu. ). Bangunan -bangunan lama sejak dari zaman awal Renaissance itu masih lagi kekal hingga kini dan dijaga dengan rapi. Oleh kerana itulah, sepanjang masa kampung ini tidak sunyi dari dilawat oleh manusia dari segenap pelusuk dunia untuk melihat banyak peninggalan sejarah.
Lawatan kami ke Colmar adalah tanpa membuat apa-apa penyelidikan tentangnya. Mula-mula kami tiba, hanya nampak seperti sebuah bandar biasa yang tidak ada bezanya. Kami hanya duduk-duduk menghilangkan lenguh badan di taman yang mempunyai air pancut buatan dan terdapat tempat kanak-kanak bermain. Seketika kemudian, kami baru sedar yang ramai orang akan masuk berjalan ke sebuah jalan kecil di antara bangunan. Kami seterusnya mengikut jejak mereka. Rupanya kampung unik itu tersembunyi di dalamnya. Menyusuri jalan itu seperti memasuki ke zaman lain yang membuat hati terasa seronot. Terpegun melihat ukiran dan senibina bangunan kayu yang berwarna-warni. Kedai-kedai kopi jenis lama yang dipenuhi dengan ramai tetamu yang mahu merasai
suasana berbeza. Terasa seperti berada di dalam filem-filem zaman dahulu kala. Terasa mahu hanya duduk-duduk di bangku kayu di hadapan kedai menghayati pemandangan yang berbeza ini. Tidak puas rasanya untuk berada sekejap di kampung Colmar itu. Namun, walaupun masih tidak habis kami jelajahi, hari sudah beransur gelap. GPS pula tidak berfungsi. Kami tidak mahulah pula tersesat jalan untuk pulang ke rumah. Selamat tinggal kampung Colmar. Entah bila lagi dapatku menjejakkan kaki ke situ.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Colmar, sila baca di Colmar@Wikipedia dan juga laman web rasmi Colmar Official Site.
Zurich, Switzerland
Posted On Saturday, October 6, 2007 at at 10:57 PM by SA
Zurich Lake

**********
My-Story: Trip ke Zurich kali ini sebenarnya bertujuan untuk berjumpa seorang teman lama yang singah di Zurich di atas urusan kerja.
Cork, Ireland
Posted On Tuesday, July 31, 2007 at at 6:08 PM by SAAbstract of Cork
Perjalanan dari Dublin ke Cork dengan menaiki bas adalah lebih kurang 3 jam lebih (254 km). Bas tersebut hanya berhenti rehat satu kali sahaja. Akhirnya kami tiba di stesen bas di bandar Cork sebagaimana yang dijangkakan iaitu hampir jam 7 malam. Tidak lama menunggu, sahabat kami tiba untuk mengambil kami dan membawa kami pulang ke rumahnya di Blackpool-Cork.S
ebenarnya tidak banyak sempat kami jelajahi di bandar Cork atau pun dalam County Cork itu sendiri. Ini kerana sepanjang 5 hari 4 malam di sini, kami dibawa ke luar dari Cork. Hari Pertama kami mengilingi Ring of Kerry terletak di County Kerry dengan panorama indah yang tidak akan dilupakan, Hari Kedua pula kami ke County Clare untuk mengikuti trip melihat ikan lumba-lumba di Kilrush Marina. Hanya Hari Ketiga, kami ke Inchydoney Island Beach, iaitu pantai yang terletak di West Cork. Pada hari terakhir, kami menaiki Ryan Air di Kerry Airport untuk terbang pulang ke Germany.Kilrush, Ireland
Posted On Monday, July 30, 2007 at at 3:17 PM by SA
Dolphin Watching at Kilrush
Kilrush yang terletak di dalam County Clare, Ireland terkenal dengan tempat melihat Dolphin.Perjalanan pergi menaiki kereta dari Cork ke Kilrush mengambil masa hampir 3 jam (177 km) dengan melalui bandar Limerick (sila klik peta untuk pembesaran). Kami tiba di Kilrush Marina sudah hampir tengahari. Trip seterusnya untuk melihat Dolphin sudah penuh. Hanya dua yang terakhir sahaja tinggal iaitu pada jam 4 petang atau 6 petang. Lambatnya lagi. Sebenarnya terdapat satu lagi tempat tempat melihat Dolphin di County Clare iaitu di Mouth of Shannon yang jaraknya lebih kurang 58 km dari Kilrush. Namun, untuk mengelakkan risiko dari pergi ke sana yang belum tentu masih ada tempat,kami terus membuat booking untuk trip jam 4.00 petang.

Dalam masa menunggu itu kami berjalan-jalan di sekitar pekan Kilrush, makan-makan dan juga membawa anak-anak bermain di taman permainan yang mengadap pantai. Ramai juga pelawat atau mungkin juga penduduk tempatan yang mengambil peluang dengan cuaca musim panas dengan mandi-manda di laut. Walaupun pantai kelihatan berbatu-batu, lebih kurang macam pantai Port Dickson kat N9 gitu).
Kami semua tidak sabar untuk merasakan pengalaman melihat Dolphin ni. Rakan kami yang membawa kami ke situ juga tidak pernah lagi mengikut trip tersebut walaupun mereka sudah lebih 5 tahun di Cork. Terbayang-bayang iklan Dolphin Watching di Australia yang mana ikan lumba-lumba dengan banyaknya mengejar boat dan melompat-lompat. Hehehe...
Tibalah masanya untuk baik bot. Seronok sungguh!! Maklumlah dah lama tak jumpa laut. Sepanjang jalan air yang biru di bawah payung awan dengan cuaca yang sempurna itu menjadikan pemandangan lebih memukau mata. Kelihatan rumah-rumah di persisiran dan ramai penduduk tempatan juga membuat aktiviti sukan air sudah cukup memberi satu keseronokan perasaan. Ladang penternakan lembu pun nampak cantik. Mungkin sebab kat Malaysia takde orang pelihara lembut tepi pantai kut.
Lebih kurang setengah jam juga rasanya untuk tiba di lokasi yang dikatakan tempat Dolphin bermain. Tetapi punya lah lama nak tunggu ikan lumba-lumba itu muncul. Kadang-kadang di sebelah kanan bot, tiba-tiba melompat kat sebelah kiri, lepas tu pulak kat belakang dan lenyap. Tiba-tiba nun jauh di sana pula dia muncul. Berkejar-kejarlah para jurugambar amatur semua nak ambik gambar Dolphin, hehe. Begitulah sampai ke akhir waktu kami di situ. Sesiapa yang bernasib baik dan cepat bertindak, dapatlah sekeping dua mengambil gambar Dolphin. Walaupun gambaran melihat Dolphin tidak seumpama yang dibayangkan, kami bawa balik jugalah pengalaman bersama ikan lumba-lumba di Ireland dan tak akan dilupakan juga pemandangan cantiknya.
Pulang ke Cork, hari sudah hampir senja. Kami dibawa oleh rakan kami untuk menggunakan jalan feri yang boleh memendekkan sedikit jarak perjalanan pulang, di samping para pemandu kereta dapat juga berehat sekejap. Dari segi kos, mungkin lebih kurang sahaja, kerana duit minyak kereta digantikan pula dengan kos tambang feri.

Dari Kilrush Marina, kami ke Killimer Ferry Terminal dan membawa kereta bersama-sama menaiki feri merentasi teluk ke seberangnya iaitu Tarbert. ( Link Ferry Service from Killimer to Tarbert ). Pemandangan dari atas feri melihat laut di waktu senja memang mengasyikkan. Tidaklah dapat digambarkan dengan kata-kata tatkala menghayati matahari jatuh di sebalik lautan. Ditambah pula dengan adanya objek rumah api yang menjadi ikon pelengkap gambar yang sempat aku ambil.

Sunset view from the ferry - Killimer to Tarbert
Ring of Kerry, Ireland
Posted On Sunday, July 29, 2007 at at 10:49 PM by SA
Ireland 2007



