Kilrush, Ireland


Kilrush Marina, County Clare - Ireland.

Dolphin Watching at Kilrush

Kilrush yang terletak di dalam County Clare,
Ireland terkenal dengan tempat melihat Dolphin.

Perjalanan pergi menaiki kereta dari
Cork ke Kilrush mengambil masa hampir 3 jam (177 km) dengan melalui bandar Limerick (sila klik peta untuk pembesaran). Kami tiba di Kilrush Marina sudah hampir tengahari. Trip seterusnya untuk melihat Dolphin sudah penuh. Hanya dua yang terakhir sahaja tinggal iaitu pada jam 4 petang atau 6 petang. Lambatnya lagi. Sebenarnya terdapat satu lagi tempat tempat melihat Dolphin di County Clare iaitu di Mouth of Shannon yang jaraknya lebih kurang 58 km dari Kilrush. Namun, untuk mengelakkan risiko dari pergi ke sana yang belum tentu masih ada tempat,kami terus membuat booking untuk trip jam 4.00 petang.

Dalam masa menunggu itu kami berjalan-jalan di sekitar pekan
Kilrush, makan-makan dan juga membawa anak-anak bermain di taman permainan yang mengadap pantai. Ramai juga pelawat atau mungkin juga penduduk tempatan yang mengambil peluang dengan cuaca musim panas dengan mandi-manda di laut. Walaupun pantai kelihatan berbatu-batu, lebih kurang macam pantai Port Dickson kat N9 gitu).

Kami semua tidak sabar untuk merasakan pengalaman melihat Dolphin ni. Rakan kami yang membawa kami ke situ juga tidak pernah lagi mengikut trip tersebut walaupun mereka sudah lebih 5 tahun di
Cork. Terbayang-bayang iklan Dolphin Watching di Australia yang mana ikan lumba-lumba dengan banyaknya mengejar boat dan melompat-lompat. Hehehe...

Tibalah masanya untuk baik bot. Seronok sungguh!! Maklumlah dah lama tak jumpa laut. Sepanjang jalan air yang biru di bawah payung awan dengan cuaca yang sempurna itu menjadikan pemandangan lebih memukau mata. Kelihatan rumah-rumah di persisiran dan ramai penduduk tempatan juga membuat aktiviti sukan air sudah cukup memberi satu keseronokan perasaan. Ladang penternakan lembu pun nampak cantik. Mungkin sebab kat Malaysia takde orang pelihara lembut tepi pantai kut.

Lebih kurang setengah jam juga rasanya untuk tiba di lokasi yang dikatakan tempat Dolphin bermain. Tetapi punya lah lama nak tunggu ikan lumba-lumba itu muncul. Kadang-kadang di sebelah kanan bot, tiba-tiba melompat kat sebelah kiri, lepas tu pulak kat belakang dan lenyap. Tiba-tiba nun jauh di sana pula dia muncul. Berkejar-kejarlah para jurugambar amatur semua nak ambik gambar Dolphin, hehe. Begitulah sampai ke akhir waktu kami di situ. Sesiapa yang bernasib baik dan cepat bertindak, dapatlah sekeping dua mengambil gambar Dolphin. Walaupun gambaran melihat Dolphin tidak seumpama yang dibayangkan, kami bawa balik jugalah pengalaman bersama ikan lumba-lumba di Ireland dan tak akan dilupakan juga pemandangan cantiknya.


Pulang ke
Cork, hari sudah hampir senja. Kami dibawa oleh rakan kami untuk menggunakan jalan feri yang boleh memendekkan sedikit jarak perjalanan pulang, di samping para pemandu kereta dapat juga berehat sekejap. Dari segi kos, mungkin lebih kurang sahaja, kerana duit minyak kereta digantikan pula dengan kos tambang feri.


Dari
Kilrush Marina, kami ke Killimer Ferry Terminal dan membawa kereta bersama-sama menaiki feri merentasi teluk ke seberangnya iaitu Tarbert. ( Link Ferry Service from Killimer to Tarbert ). Pemandangan dari atas feri melihat laut di waktu senja memang mengasyikkan. Tidaklah dapat digambarkan dengan kata-kata tatkala menghayati matahari jatuh di sebalik lautan. Ditambah pula dengan adanya objek rumah api yang menjadi ikon pelengkap gambar yang sempat aku ambil.




Sunset view from the ferry - Killimer to Tarbert

Posted in Labels: |

0 comments: