Paris 13-14 June 2008
Posted On Friday, June 13, 2008 at at 4:07 PM by SAParis kali kedua. Kali ini khas kerana membawa tetamu dari Malaysia. Memang tak sah kalau datang ke Europe kalau tak jejak ke Paris kan!
Seperti sebelum ini juga, kami menyewa kereta ke Paris kerana lebih murah berbanding dengan menaiki keretapi laju sekiranya bersama keluarga. Juga senang untuk berhenti rehat seketika di tepi highway yang cantik panoramanya. Selalunya kami piknik sekejap supaya anak-anak pun gembira bermain. Kami juga menginap selama 2 malam di Hotel Formule 1 yang sama, kerana berpuas hati dengan layanan dan kebersihan di situ, di samping mudah dan ada tempat free untuk meletakkan kereta berdekatan dengan stesen keretapi untuk kami ke Kota Paris.
Aku masih tak bosan lagi ke sini. Aku suka Paris yang sememang betul sinonimnya dengan Kota Fesyen dunia. Ramai yang suka Paris kerana simbolnya sebagai Kota Paling Romantik. Bab ini aku tak pandai lah nak komen dan tak tahu macam mana nak tengok romantiknya kota Paris atau mungkin aku yang tak perhati betul-betul :D. Aku lebih suka tengok lagak gaya manusia dengan pakaian. Walau memakai seluar slack berbunga-bunga dengan baju kemeja dan bertali leher merah terang, masih nampak gaya "ada kelass" mereka. Wanita muslimah di sana juga tidak ketinggalan dengan fesyen walaupun bertudung. Tudungnya ala-ala gaya model, ada yang dililit dileher, ada bentuk bunga sanggul dan kalau yang ringkasnya masih nampak bergaya dengan gabungan baju berlapis-lapis yang masih menutup aurat. Rasanya mahu aku menghabiskan masa seharian di simpang jalan depan Galeri Lafayettte dan melukis gaya pelbagai fesyen untuk ingatan aku sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti nak bukak butik muslimah sendiri, boleh dicetuskan idea dengan fesyen "vogue" dari Paris :).
Tetamu dari Malaysia di Kota Paris