Interlaken


Indahnya Interlaken...


Posted in Labels: | 0 comments

Bodensee

Camping at Bodensee

Bodensee (English- Lake Constance) is bordering Germany with Swiss and Austria.






Sunset at Lake Constance


The next day - Sunrise at Lake Constance


Links
1. SEA LIFE
2. Ravensburger Spieleland
3. Camping
4. Wikipedia - Bodensee

Posted in Labels: | 5 comments

SEA LIFE Konstanz

Dari Blackforest-Titisee, kami meneruskan perjalanan ke SEA LIFE Konstanz.



Upper: SEA LIFE Konstanz. Below: At the back of the SEA LIFE buiding is the Lake Constance. You can see the opposite view is Swiss region.



Posted in Labels: | 0 comments

Blackforest

Blackforest (German - Schwarzwald)
The origin of the famous Black Forest Cherry Cake and the Cuckoo Clock.

Perjalanan dari Saarbruecken ke Blackforest-Freiburg mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih dengan menaiki kereta. Menaiki kereta di Germany, anda bolehlah merasa untuk memecut kereta selaju mana yang anda suka di autobahn (highway). Di sini kita akan nampak masyarakat mereka yang berdisplin di jalan raya. Walaupun mempunyai kereta semahal Ferarri, namun dihighway yang mempunyai had laju, mereka semua akan memperlahankan kereta. Bukan senang untuk mendapat lesen kereta di Germany. Mungkin kerana itu rakyat mereka lebih menghargai undang-undang dan takut lesen digantung sekiranya membuat kesalahan di jalanraya.

Freiburg
Bandar pertama dan menjadi tempat penginapan kami ialah Freiburg, iatu pusat bandar kepada Blackforest. Mempunyai jaringan longkang (Bächle) yang menarik perhatian pelancong, mungkin kerana tidak ada longkang terbuka sedemikian rupa di Germany atau Europe. Berbanding dengan longkang yang wajib ada di negara kita, bagi kita longkang ini tidaklah betul-betul menarik. Namun longkang ini perlu dikagumi kerana ianya amat bersih tanpa sampah-sarap.


At the Freiburg's Cathedral Square or Münsterplatz.




Upper: The Bächle - Sistem Pengairan yang digunakan untuk melawan kebakaran dan sumber minuman untuk ternakan. Tidak pernah digunakan untuk sisa buangan. Lower: Freiburg's Cathedral or The Münster.

Freiburg juga merupakan bandar university - University of Freiburg (Albert-Ludwigs-Universität Freiburg - 1457) adalah salah satu universiti yang tertua di Germany yang mana kampusnya dibina di dalam bandar Freiburg tanpa disempadankan oleh pagar.


Cuckoo Clock
Wujud lebih 250 tahun dahulu (1740-1750) dan berasal dari kawasan Blackforest- Germany. Jam dinding ini berbentuk seperti "chalet" (Swiss chalet - tipikal bentuk rumah di banjaran Alps), dan terdapat juga ukiran binatang dan daun maple. Jam Cuckoo original mekanikal mempunyai 2 jenis iaitu bergerak 1 hari dan 8 hari. Iaitu, untuk Cuckoo yang bergerak 1 hari (mempunyai pendulum kecil), pemilik cuckoo perlu menarik pendulum setiap 30 jam. Cuckoo yang bergerak 8 hari, iaitu lebih mahal harga, dan boleh dibezakan dengan mempunyai pendulum yang lebih besar perlu ditarik pendulum setiap 8 hari untuk membolehkannya berfungsi. Ciri yang disukai oleh peminat cuckoo ialah dengan burung yang keluar melalui tingkap tepat setiap jam bersama dengan bunyinya.

Kini terdapat juga jam cuckoo yang lebih praktikal untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk menarik pendulum setiap satu hari atau 8 hari iaitu. Jam cuckoo yang menggunakan bateri masih mempunyai bentuk dan rupa asal, bahkan lebih istimewa lagi dengan burung yang keluar dari tingkap boleh mengembangkan sayap dengan comelnya. Juga mempunyai light-sensor, iaitu sekiranya diwaktu malam secara automatik bunyi dan musik dimatikan. Terdapat jam cuckoo yang mempunyai sehinggan 12 muzik yang berlainan setiap jam, dan jam cuckoo yang mempunyai musik boleh dibezakan dengan mempunyai 3 pendulum.




Links
1. Wikipedia - Cuckoo Clock
2. Black Forest Card - Black Forest Tourism
3. Wikipedia - Freiburg
4. Germany Clock Museum - deutsches-uhrenmuseum.de
5. German Longest Cable Car - Bergwelt-schauinsland.de
6. Albert-Ludwigs-Universität Freiburg - University of Freiburg

Posted in Labels: | 1 comments

Brussels

On the way pulang dari Paris, kami membuat keputusan untuk melencong ke Brussels- Belgium. Jarak perjalanan dari Paris ke Brussels adalah sama dengan untuk sampai ke rumah iaitu 3 jam lebih menggunakan kereta. Kami tiba di Brussels hari sudah petang, tetapi bernasib baik kerana masih ada kedai-kedai yang masih dibuka berdekatan The Grand Place yang menjadi pusat daya tarikan pelancong ke sini.




Kalau di Zurich terkenal dengan air terjun coklat, Brussel pula terkenal dengan "fine" coklat. Coklat di sini bukan sebagaimana coklat biasa untuk menyedapkan perut. Coklatnya "indah"! Pemakannya bukan sahaja perlu menghayati sedapnya coklat, malah perlu juga menghargai seni kesempurnaan rupa coklat. Di antara lain - waffle yang sedap dan juga produk tenunan "tapestries" dan "lace" yang berkualiti, berlian bagi yang mampu dan second hand market bagi yang minat ke carboot.

The Atomium
Location

Eeuwfeestlaan/ Boulevard du Centenaire 1020 Brussels (Laken)
Opening hours
Sept. to March: 10 a.m. till 5.30 p.m. April to August: 9 a.m. till 7.30 p.m.
Admission
Adults : 5,45 € (Euro) per person, Children (under 12) : 3,97 € (Euro)

Mini Europe
Location
Bruparck, B-1020 Brussels (Laken)
Admission
Adults : 12.40 € (Euro) per person, Children (under 12) : 9.40 € (Euro)

Links :
1. Shopping in Belgium
2. Atomium
3. The Grand Place
4. Mini Europe
5. Flower Carpet - Every 2 Years in The Grand Place - Brussel

more infos from other Travel-Bloggers
1. IU
2.

Posted in Labels: | 0 comments