Brussels

On the way pulang dari Paris, kami membuat keputusan untuk melencong ke Brussels- Belgium. Jarak perjalanan dari Paris ke Brussels adalah sama dengan untuk sampai ke rumah iaitu 3 jam lebih menggunakan kereta. Kami tiba di Brussels hari sudah petang, tetapi bernasib baik kerana masih ada kedai-kedai yang masih dibuka berdekatan The Grand Place yang menjadi pusat daya tarikan pelancong ke sini.




Kalau di Zurich terkenal dengan air terjun coklat, Brussel pula terkenal dengan "fine" coklat. Coklat di sini bukan sebagaimana coklat biasa untuk menyedapkan perut. Coklatnya "indah"! Pemakannya bukan sahaja perlu menghayati sedapnya coklat, malah perlu juga menghargai seni kesempurnaan rupa coklat. Di antara lain - waffle yang sedap dan juga produk tenunan "tapestries" dan "lace" yang berkualiti, berlian bagi yang mampu dan second hand market bagi yang minat ke carboot.

The Atomium
Location

Eeuwfeestlaan/ Boulevard du Centenaire 1020 Brussels (Laken)
Opening hours
Sept. to March: 10 a.m. till 5.30 p.m. April to August: 9 a.m. till 7.30 p.m.
Admission
Adults : 5,45 € (Euro) per person, Children (under 12) : 3,97 € (Euro)

Mini Europe
Location
Bruparck, B-1020 Brussels (Laken)
Admission
Adults : 12.40 € (Euro) per person, Children (under 12) : 9.40 € (Euro)

Links :
1. Shopping in Belgium
2. Atomium
3. The Grand Place
4. Mini Europe
5. Flower Carpet - Every 2 Years in The Grand Place - Brussel

more infos from other Travel-Bloggers
1. IU
2.

Posted in Labels: | 0 comments

Paris 13-14 June 2008

Paris kali kedua. Kali ini khas kerana membawa tetamu dari Malaysia. Memang tak sah kalau datang ke Europe kalau tak jejak ke Paris kan!

Seperti sebelum ini juga, kami menyewa kereta ke Paris kerana lebih murah berbanding dengan menaiki keretapi laju sekiranya bersama keluarga. Juga senang untuk berhenti rehat seketika di tepi highway yang cantik panoramanya. Selalunya kami piknik sekejap supaya anak-anak pun gembira bermain. Kami juga menginap selama 2 malam di Hotel Formule 1 yang sama, kerana berpuas hati dengan layanan dan kebersihan di situ, di samping mudah dan ada tempat free untuk meletakkan kereta berdekatan dengan stesen keretapi untuk kami ke Kota Paris.

Aku masih tak bosan lagi ke sini. Aku suka Paris yang sememang betul sinonimnya dengan Kota Fesyen dunia. Ramai yang suka Paris kerana simbolnya sebagai Kota Paling Romantik. Bab ini aku tak pandai lah nak komen dan tak tahu macam mana nak tengok romantiknya kota Paris atau mungkin aku yang tak perhati betul-betul :D. Aku lebih suka tengok lagak gaya manusia dengan pakaian. Walau memakai seluar slack berbunga-bunga dengan baju kemeja dan bertali leher merah terang, masih nampak gaya "ada kelass" mereka. Wanita muslimah di sana juga tidak ketinggalan dengan fesyen walaupun bertudung. Tudungnya ala-ala gaya model, ada yang dililit dileher, ada bentuk bunga sanggul dan kalau yang ringkasnya masih nampak bergaya dengan gabungan baju berlapis-lapis yang masih menutup aurat. Rasanya mahu aku menghabiskan masa seharian di simpang jalan depan Galeri Lafayettte dan melukis gaya pelbagai fesyen untuk ingatan aku sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti nak bukak butik muslimah sendiri, boleh dicetuskan idea dengan fesyen "vogue" dari Paris :).




Tetamu dari Malaysia di Kota Paris

Posted in Labels: | 0 comments

Strasbourg

Strasbourg merupakan pusat bandar negeri Alsace- France berdekatan dengan sempadan Germany dan Swiss. Sebagaimana Colmar yang pernah saya singgah sebelum ini, keunikannya adalah senibina bangunan. Gabungan senibina ketiga-tiga negara menjadikan Strasbourg dan Colmar mewah dengan hampir seluruh bangunan-bangunan di sana mempunyai kelainan dan unik.










Catatan ringkas tentang melawat Strassbourg:
1. Merupakan salah satu pusat pentadbiran European Union selain dari Brussel dan Luxembourg kerana terletak European Parliament dan beberapa lagi pengurusan.
2. Kesemua tourist attractions adalah berdekatan dan berpusat serta hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari stesen keretapi utama. Oleh itu senang untuk melawat semua tempat dan tidak perlu membayar kos transport.
3. Namun untuk mereka yang malas nak berjalan dan hendak senang - boleh lah naik boat cruise atau keretapi pelancong.
4. Kos perjalanan pergi-balik menaiki train dari Saarbruecken ke Strasbourg (Lebih kurang 2 jam):
Weekdays - Ticket Saar-Elsass - 1st person 35€, 2nd-5th Person 17.50€
Weekends - Ticket Saar-Elsass - 35Euro up to 5 people


Links
1. Wiki Strasbourg
2. Strassbourg Tourism
3. Saar-Alsace Ticket

Posted in Labels: | 0 comments