Dublin, Ireland


The Custom House - Dublin
Summer Holiday 2007

Dublin July, 28th

Dari Glasgow kami menaiki Ryan Air pada jam 9.25 pagi dan tiba di lapangan terbang Dublin pada jam 10.15 pagi. Kami telah membuat perancangan untuk transit di Dublin terlebih dahulu kerana kos perjalanannya yang lebih rendah untuk menuju ke destinasi terakhir iaitu Cork.

Di lapangan terbang Dublin, kami membeli
1 Day Family Ticket yang berharga 8.50 €. Tiket tersebut membolehkan kami sekeluarga menggunakan bas ke mana-mana dalam 1 hari itu termasukkan perjalanan dari Dublin Airport itu ke Dublin City. Bus dua-tingkat itu membolehkan pelancong-pelancong berpuas hati melihat pemandangan dari tingkap bas yang besar. Tiba di bandar Dublin, kami terus mencari tempat meletakkan beg di Stesen Bus. Kemudian kami memulakan pengembaraan kami meneroka bandar Dublin sementara menunggu waktu bertolak ke Cork iaitu pada jam 4.00 petang.

Dalam masa beberapa jam itu sempatlah kami menyururi River Liffey yang merentangi bandar Dublin itu dan bergambar di atas jambatan Ha'penny iaitu salah satu jambatan yang menjadi tarikan di sungai Liffey. Di tepi sungai Liffey itu juga terletaknya The Custom House iaitu salah satu bangunan kerajaan Dublin yang telah dibina oleh seorang arkitek terkenal. Dari River Liffey kami menghala ke ke arah O'Connell Street untuk mencari Food Court yang dikatakan terdapat makanan halal. Walaupun tidak ada peta bersama, bertemu juga kami dengan Food Court tersebut yang dari luarnya hanya seperti pintu masuk ke bangunan.

Halal Food in Dublin City
Epicurean Food Hall terletak di O'Connel Street. Sila lihat peta di sini. Kami singgah makan di restoran Istanbul kepunyaan warga Turki. Menu kami pada hari itu ialah Doner Kebab serupa juga macam di Germany. Mungkin kerana hajat untuk makan beriani yang sedap tidak kesampaian, rasa kebab ayam turki itu tidak berapa sedap masuk ke tekak saya. Di sebelah kedai Istanbul terdapat kedai Shalimar Indian yang menyajikan makanan bercitarasa India yang amat sesuai dengan tekak saya. Tetapi saya tidak pula bertanya samaada halal atau tidak kepada pekerja-pekerja di situ. Namun, rupa-rupanya di situlah sahabat saya mencadangkan Beriani yang dikatakan sedap itu.

Dublin City vs Other City
Pendapat peribadi, secaraumumnya bandar
Dublin adalah sama seperti bandar-bandar lain di Eropah yang pernah saya lawati. Dublin memanglah tidak sehebat London, tetapi uniknya Dublin dengan senibina bangunannya yang tersendiri. Kepada yang meminati senibina dan sejarah, mungkin lebih serasi melawat Dublin yang mempunyai banyak muzium dan istana-istana lama. Dublin juga tidak dapat menandingi Kuala Lumpur yang jauh lebih sibuk dan padat. Suka saya bandingkan bandar Dublin dengan Frankfurt yang juga mempunyai sungai utama sebagai tempat warganya bersantai. Tetapi di tepian sungai Frankfurt pula jauh lebih bersih dari persekitaran River Liffey. Kelihatan ramai manusia yang singgah berehat dan duduk-duduk di bangku berhadapan River Liffey, terdapat juga sampah-sarap yang dibuang merata-rata. Sungai Frankfurt pula, warganya sehinggakan boleh berbaring-baring menikmati segarnya suasana di tepi sungai itu. Tidak kelihatan sampah buangan yang mengganggu pemandagan tenang di sungai besar itu.


Kami meneruskan perjalanan ke
Cork dengan menaiki bas Eerann yang telah dibook sebelum percutian kami. Kami telah merancang sebelum percutian untuk hanya mengambil bas dari Dublin untuk ke Cork kerana kos sewa kereta di Ireland adalah lebih mahal dari UK. Tiket bas telah kami booked dari internet, dan hanya perlu menunjukkan print out nya kepada pemandu bas sebagai bukti pembayaran. Perjalalanan ke Cork dari Dublin mengambil masa lebih kurang 4 jam (355 km) dengan menaiki bas. Nasib Baik juga kami tidak menyewa kereta pada hari tersebut untuk ke Cork kerana sepanjang jalan hujan. Pemandangan menuju ke Cork juga melalui jalan highway juga tidaklah begitu memukau mata.

Posted in Labels: |

0 comments: