Paris 13-14 June 2008
Posted On Friday, June 13, 2008 at at 4:07 PM by SAParis kali kedua. Kali ini khas kerana membawa tetamu dari Malaysia. Memang tak sah kalau datang ke Europe kalau tak jejak ke Paris kan!
Seperti sebelum ini juga, kami menyewa kereta ke Paris kerana lebih murah berbanding dengan menaiki keretapi laju sekiranya bersama keluarga. Juga senang untuk berhenti rehat seketika di tepi highway yang cantik panoramanya. Selalunya kami piknik sekejap supaya anak-anak pun gembira bermain. Kami juga menginap selama 2 malam di Hotel Formule 1 yang sama, kerana berpuas hati dengan layanan dan kebersihan di situ, di samping mudah dan ada tempat free untuk meletakkan kereta berdekatan dengan stesen keretapi untuk kami ke Kota Paris.
Aku masih tak bosan lagi ke sini. Aku suka Paris yang sememang betul sinonimnya dengan Kota Fesyen dunia. Ramai yang suka Paris kerana simbolnya sebagai Kota Paling Romantik. Bab ini aku tak pandai lah nak komen dan tak tahu macam mana nak tengok romantiknya kota Paris atau mungkin aku yang tak perhati betul-betul :D. Aku lebih suka tengok lagak gaya manusia dengan pakaian. Walau memakai seluar slack berbunga-bunga dengan baju kemeja dan bertali leher merah terang, masih nampak gaya "ada kelass" mereka. Wanita muslimah di sana juga tidak ketinggalan dengan fesyen walaupun bertudung. Tudungnya ala-ala gaya model, ada yang dililit dileher, ada bentuk bunga sanggul dan kalau yang ringkasnya masih nampak bergaya dengan gabungan baju berlapis-lapis yang masih menutup aurat. Rasanya mahu aku menghabiskan masa seharian di simpang jalan depan Galeri Lafayettte dan melukis gaya pelbagai fesyen untuk ingatan aku sendiri. Manalah tahu suatu hari nanti nak bukak butik muslimah sendiri, boleh dicetuskan idea dengan fesyen "vogue" dari Paris :).

Tetamu dari Malaysia di Kota Paris
Strasbourg
Posted On Thursday, June 12, 2008 at at 7:01 PM by SAStrasbourg merupakan pusat bandar negeri Alsace- France berdekatan dengan sempadan Germany dan Swiss. Sebagaimana Colmar yang pernah saya singgah sebelum ini, keunikannya adalah senibina bangunan. Gabungan senibina ketiga-tiga negara menjadikan Strasbourg dan Colmar mewah dengan hampir seluruh bangunan-bangunan di sana mempunyai kelainan dan unik.


Catatan ringkas tentang melawat Strassbourg:
1. Merupakan salah satu pusat pentadbiran European Union selain dari Brussel dan Luxembourg kerana terletak European Parliament dan beberapa lagi pengurusan.
2. Kesemua tourist attractions adalah berdekatan dan berpusat serta hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari stesen keretapi utama. Oleh itu senang untuk melawat semua tempat dan tidak perlu membayar kos transport.
3. Namun untuk mereka yang malas nak berjalan dan hendak senang - boleh lah naik boat cruise atau keretapi pelancong.
4. Kos perjalanan pergi-balik menaiki train dari Saarbruecken ke Strasbourg (Lebih kurang 2 jam):
Weekdays - Ticket Saar-Elsass - 1st person 35€, 2nd-5th Person 17.50€
Weekends - Ticket Saar-Elsass - 35Euro up to 5 people
Links
1. Wiki Strasbourg
2. Strassbourg Tourism
3. Saar-Alsace Ticket
Paris City
Posted On Monday, March 24, 2008 at at 10:38 PM by SA
The Louvre Pyramid. Paris, France: 1983-1993
" The form of the pyramid is quite a bit older than all of the Egyptian examples. Besides, in Egypt they are made of stoneand are heavy, a work for the dead. My pyramid, on the other hand, is light, is life. "I.M. Pei, 1991. The Architect.

Rue De Rivoli - The famous Street in Paris
The Eiffel Tower
Paris, France: 1887-1889
Architect: Gustave Eiffel
Colmar Village, France
Posted On Sunday, October 7, 2007 at at 10:59 PM by SADalam perjalanan pulang dari Zurich, sebagaimana perjalanan pergi kami akan merentasi negara Perancis untuk tiba ke Saarland. Negeri yang dilalui bernama Alsace yang mempunyai 2 bandar yang terkenal dengan kecantikan dan tarikan pelancong iaitu Strasbourg dan Colmar. Namun kali ini kami tidak sempat lagi untuk singgah ke Strasbourg yang juga merupakan ibu negeri Alsace. Kita simpan lawatan ke Strasbourg untuk lawatan khas akan datang, InsyaAllah. Kali ini kita bercerita tentang Colmar sahaja dulu.
Colmar Village merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Alsace, Perancis. Kampung unik ini telah wujud sejak dari kurun ke-9 lagi. (Pada masa ni negara kita masih lagi dalam abad zaman pemerintahan Srivijaya dengan manusia masa tu semuanya beragama Hindu. ). Bangunan -bangunan lama sejak dari zaman awal Renaissance itu masih lagi kekal hingga kini dan dijaga dengan rapi. Oleh kerana itulah, sepanjang masa kampung ini tidak sunyi dari dilawat oleh manusia dari segenap pelusuk dunia untuk melihat banyak peninggalan sejarah.
Lawatan kami ke Colmar adalah tanpa membuat apa-apa penyelidikan tentangnya. Mula-mula kami tiba, hanya nampak seperti sebuah bandar biasa yang tidak ada bezanya. Kami hanya duduk-duduk menghilangkan lenguh badan di taman yang mempunyai air pancut buatan dan terdapat tempat kanak-kanak bermain. Seketika kemudian, kami baru sedar yang ramai orang akan masuk berjalan ke sebuah jalan kecil di antara bangunan. Kami seterusnya mengikut jejak mereka. Rupanya kampung unik itu tersembunyi di dalamnya. Menyusuri jalan itu seperti memasuki ke zaman lain yang membuat hati terasa seronot. Terpegun melihat ukiran dan senibina bangunan kayu yang berwarna-warni. Kedai-kedai kopi jenis lama yang dipenuhi dengan ramai tetamu yang mahu merasai suasana berbeza. Terasa seperti berada di dalam filem-filem zaman dahulu kala. Terasa mahu hanya duduk-duduk di bangku kayu di hadapan kedai menghayati pemandangan yang berbeza ini. Tidak puas rasanya untuk berada sekejap di kampung Colmar itu. Namun, walaupun masih tidak habis kami jelajahi, hari sudah beransur gelap. GPS pula tidak berfungsi. Kami tidak mahulah pula tersesat jalan untuk pulang ke rumah. Selamat tinggal kampung Colmar. Entah bila lagi dapatku menjejakkan kaki ke situ.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Colmar, sila baca di Colmar@Wikipedia dan juga laman web rasmi Colmar Official Site.