Colmar Village, France
Posted On Sunday, October 7, 2007 at at 10:59 PM by SADalam perjalanan pulang dari Zurich, sebagaimana perjalanan pergi kami akan merentasi negara Perancis untuk tiba ke Saarland. Negeri yang dilalui bernama Alsace yang mempunyai 2 bandar yang terkenal dengan kecantikan dan tarikan pelancong iaitu Strasbourg dan Colmar. Namun kali ini kami tidak sempat lagi untuk singgah ke Strasbourg yang juga merupakan ibu negeri Alsace. Kita simpan lawatan ke Strasbourg untuk lawatan khas akan datang, InsyaAllah. Kali ini kita bercerita tentang Colmar sahaja dulu.
Colmar Village merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Alsace, Perancis. Kampung unik ini telah wujud sejak dari kurun ke-9 lagi. (Pada masa ni negara kita masih lagi dalam abad zaman pemerintahan Srivijaya dengan manusia masa tu semuanya beragama Hindu. ). Bangunan -bangunan lama sejak dari zaman awal Renaissance itu masih lagi kekal hingga kini dan dijaga dengan rapi. Oleh kerana itulah, sepanjang masa kampung ini tidak sunyi dari dilawat oleh manusia dari segenap pelusuk dunia untuk melihat banyak peninggalan sejarah.
Lawatan kami ke Colmar adalah tanpa membuat apa-apa penyelidikan tentangnya. Mula-mula kami tiba, hanya nampak seperti sebuah bandar biasa yang tidak ada bezanya. Kami hanya duduk-duduk menghilangkan lenguh badan di taman yang mempunyai air pancut buatan dan terdapat tempat kanak-kanak bermain. Seketika kemudian, kami baru sedar yang ramai orang akan masuk berjalan ke sebuah jalan kecil di antara bangunan. Kami seterusnya mengikut jejak mereka. Rupanya kampung unik itu tersembunyi di dalamnya. Menyusuri jalan itu seperti memasuki ke zaman lain yang membuat hati terasa seronot. Terpegun melihat ukiran dan senibina bangunan kayu yang berwarna-warni. Kedai-kedai kopi jenis lama yang dipenuhi dengan ramai tetamu yang mahu merasai suasana berbeza. Terasa seperti berada di dalam filem-filem zaman dahulu kala. Terasa mahu hanya duduk-duduk di bangku kayu di hadapan kedai menghayati pemandangan yang berbeza ini. Tidak puas rasanya untuk berada sekejap di kampung Colmar itu. Namun, walaupun masih tidak habis kami jelajahi, hari sudah beransur gelap. GPS pula tidak berfungsi. Kami tidak mahulah pula tersesat jalan untuk pulang ke rumah. Selamat tinggal kampung Colmar. Entah bila lagi dapatku menjejakkan kaki ke situ.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Colmar, sila baca di Colmar@Wikipedia dan juga laman web rasmi Colmar Official Site.
Zurich, Switzerland
Posted On Saturday, October 6, 2007 at at 10:57 PM by SAZurich Lake
**********
My-Story: Trip ke Zurich kali ini sebenarnya bertujuan untuk berjumpa seorang teman lama yang singah di Zurich di atas urusan kerja.
Cork, Ireland
Posted On Tuesday, July 31, 2007 at at 6:08 PM by SAAbstract of Cork
Perjalanan dari Dublin ke Cork dengan menaiki bas adalah lebih kurang 3 jam lebih (254 km). Bas tersebut hanya berhenti rehat satu kali sahaja. Akhirnya kami tiba di stesen bas di bandar Cork sebagaimana yang dijangkakan iaitu hampir jam 7 malam. Tidak lama menunggu, sahabat kami tiba untuk mengambil kami dan membawa kami pulang ke rumahnya di Blackpool-Cork.
Sebenarnya tidak banyak sempat kami jelajahi di bandar Cork atau pun dalam County Cork itu sendiri. Ini kerana sepanjang 5 hari 4 malam di sini, kami dibawa ke luar dari Cork. Hari Pertama kami mengilingi Ring of Kerry terletak di County Kerry dengan panorama indah yang tidak akan dilupakan, Hari Kedua pula kami ke County Clare untuk mengikuti trip melihat ikan lumba-lumba di Kilrush Marina. Hanya Hari Ketiga, kami ke Inchydoney Island Beach, iaitu pantai yang terletak di West Cork. Pada hari terakhir, kami menaiki Ryan Air di Kerry Airport untuk terbang pulang ke Germany.
Kilrush, Ireland
Posted On Monday, July 30, 2007 at at 3:17 PM by SADolphin Watching at Kilrush
Kilrush yang terletak di dalam County Clare, Ireland terkenal dengan tempat melihat Dolphin.
Perjalanan pergi menaiki kereta dari Cork ke Kilrush mengambil masa hampir 3 jam (177 km) dengan melalui bandar Limerick (sila klik peta untuk pembesaran). Kami tiba di Kilrush Marina sudah hampir tengahari. Trip seterusnya untuk melihat Dolphin sudah penuh. Hanya dua yang terakhir sahaja tinggal iaitu pada jam 4 petang atau 6 petang. Lambatnya lagi. Sebenarnya terdapat satu lagi tempat tempat melihat Dolphin di County Clare iaitu di Mouth of Shannon yang jaraknya lebih kurang 58 km dari Kilrush. Namun, untuk mengelakkan risiko dari pergi ke sana yang belum tentu masih ada tempat,kami terus membuat booking untuk trip jam 4.00 petang.
Dalam masa menunggu itu kami berjalan-jalan di sekitar pekan Kilrush, makan-makan dan juga membawa anak-anak bermain di taman permainan yang mengadap pantai. Ramai juga pelawat atau mungkin juga penduduk tempatan yang mengambil peluang dengan cuaca musim panas dengan mandi-manda di laut. Walaupun pantai kelihatan berbatu-batu, lebih kurang macam pantai Port Dickson kat N9 gitu).
Kami semua tidak sabar untuk merasakan pengalaman melihat Dolphin ni. Rakan kami yang membawa kami ke situ juga tidak pernah lagi mengikut trip tersebut walaupun mereka sudah lebih 5 tahun di Cork. Terbayang-bayang iklan Dolphin Watching di Australia yang mana ikan lumba-lumba dengan banyaknya mengejar boat dan melompat-lompat. Hehehe...
Tibalah masanya untuk baik bot. Seronok sungguh!! Maklumlah dah lama tak jumpa laut. Sepanjang jalan air yang biru di bawah payung awan dengan cuaca yang sempurna itu menjadikan pemandangan lebih memukau mata. Kelihatan rumah-rumah di persisiran dan ramai penduduk tempatan juga membuat aktiviti sukan air sudah cukup memberi satu keseronokan perasaan. Ladang penternakan lembu pun nampak cantik. Mungkin sebab kat Malaysia takde orang pelihara lembut tepi pantai kut.
Lebih kurang setengah jam juga rasanya untuk tiba di lokasi yang dikatakan tempat Dolphin bermain. Tetapi punya lah lama nak tunggu ikan lumba-lumba itu muncul. Kadang-kadang di sebelah kanan bot, tiba-tiba melompat kat sebelah kiri, lepas tu pulak kat belakang dan lenyap. Tiba-tiba nun jauh di sana pula dia muncul. Berkejar-kejarlah para jurugambar amatur semua nak ambik gambar Dolphin, hehe. Begitulah sampai ke akhir waktu kami di situ. Sesiapa yang bernasib baik dan cepat bertindak, dapatlah sekeping dua mengambil gambar Dolphin. Walaupun gambaran melihat Dolphin tidak seumpama yang dibayangkan, kami bawa balik jugalah pengalaman bersama ikan lumba-lumba di Ireland dan tak akan dilupakan juga pemandangan cantiknya.
Pulang ke Cork, hari sudah hampir senja. Kami dibawa oleh rakan kami untuk menggunakan jalan feri yang boleh memendekkan sedikit jarak perjalanan pulang, di samping para pemandu kereta dapat juga berehat sekejap. Dari segi kos, mungkin lebih kurang sahaja, kerana duit minyak kereta digantikan pula dengan kos tambang feri.
Dari Kilrush Marina, kami ke Killimer Ferry Terminal dan membawa kereta bersama-sama menaiki feri merentasi teluk ke seberangnya iaitu Tarbert. ( Link Ferry Service from Killimer to Tarbert ). Pemandangan dari atas feri melihat laut di waktu senja memang mengasyikkan. Tidaklah dapat digambarkan dengan kata-kata tatkala menghayati matahari jatuh di sebalik lautan. Ditambah pula dengan adanya objek rumah api yang menjadi ikon pelengkap gambar yang sempat aku ambil.
Sunset view from the ferry - Killimer to Tarbert
Ring of Kerry, Ireland
Posted On Sunday, July 29, 2007 at at 10:49 PM by SAIreland 2007
Dublin, Ireland
Posted On Saturday, July 28, 2007 at at 4:05 PM by SASummer Holiday 2007
Dublin July, 28th
Dari Glasgow kami menaiki Ryan Air pada jam 9.25 pagi dan tiba di lapangan terbang Dublin pada jam 10.15 pagi. Kami telah membuat perancangan untuk transit di Dublin terlebih dahulu kerana kos perjalanannya yang lebih rendah untuk menuju ke destinasi terakhir iaitu Cork.
Di lapangan terbang Dublin, kami membeli 1 Day Family Ticket yang berharga 8.50 €. Tiket tersebut membolehkan kami sekeluarga menggunakan bas ke mana-mana dalam 1 hari itu termasukkan perjalanan dari Dublin Airport itu ke Dublin City. Bus dua-tingkat itu membolehkan pelancong-pelancong berpuas hati melihat pemandangan dari tingkap bas yang besar. Tiba di bandar Dublin, kami terus mencari tempat meletakkan beg di Stesen Bus. Kemudian kami memulakan pengembaraan kami meneroka bandar Dublin sementara menunggu waktu bertolak ke Cork iaitu pada jam 4.00 petang.
Dalam masa beberapa jam itu sempatlah kami menyururi River Liffey yang merentangi bandar Dublin itu dan bergambar di atas jambatan Ha'penny iaitu salah satu jambatan yang menjadi tarikan di sungai Liffey. Di tepi sungai Liffey itu juga terletaknya The Custom House iaitu salah satu bangunan kerajaan Dublin yang telah dibina oleh seorang arkitek terkenal. Dari River Liffey kami menghala ke ke arah O'Connell Street untuk mencari Food Court yang dikatakan terdapat makanan halal. Walaupun tidak ada peta bersama, bertemu juga kami dengan Food Court tersebut yang dari luarnya hanya seperti pintu masuk ke bangunan.
Halal Food in Dublin City
Epicurean Food Hall terletak di O'Connel Street. Sila lihat peta di sini. Kami singgah makan di restoran Istanbul kepunyaan warga Turki. Menu kami pada hari itu ialah Doner Kebab serupa juga macam di Germany. Mungkin kerana hajat untuk makan beriani yang sedap tidak kesampaian, rasa kebab ayam turki itu tidak berapa sedap masuk ke tekak saya. Di sebelah kedai Istanbul terdapat kedai Shalimar Indian yang menyajikan makanan bercitarasa India yang amat sesuai dengan tekak saya. Tetapi saya tidak pula bertanya samaada halal atau tidak kepada pekerja-pekerja di situ. Namun, rupa-rupanya di situlah sahabat saya mencadangkan Beriani yang dikatakan sedap itu.
Dublin City vs Other City
Pendapat peribadi, secaraumumnya bandar Dublin adalah sama seperti bandar-bandar lain di Eropah yang pernah saya lawati. Dublin memanglah tidak sehebat London, tetapi uniknya Dublin dengan senibina bangunannya yang tersendiri. Kepada yang meminati senibina dan sejarah, mungkin lebih serasi melawat Dublin yang mempunyai banyak muzium dan istana-istana lama. Dublin juga tidak dapat menandingi Kuala Lumpur yang jauh lebih sibuk dan padat. Suka saya bandingkan bandar Dublin dengan Frankfurt yang juga mempunyai sungai utama sebagai tempat warganya bersantai. Tetapi di tepian sungai Frankfurt pula jauh lebih bersih dari persekitaran River Liffey. Kelihatan ramai manusia yang singgah berehat dan duduk-duduk di bangku berhadapan River Liffey, terdapat juga sampah-sarap yang dibuang merata-rata. Sungai Frankfurt pula, warganya sehinggakan boleh berbaring-baring menikmati segarnya suasana di tepi sungai itu. Tidak kelihatan sampah buangan yang mengganggu pemandagan tenang di sungai besar itu.
Kami meneruskan perjalanan ke Cork dengan menaiki bas Eerann yang telah dibook sebelum percutian kami. Kami telah merancang sebelum percutian untuk hanya mengambil bas dari Dublin untuk ke Cork kerana kos sewa kereta di Ireland adalah lebih mahal dari UK. Tiket bas telah kami booked dari internet, dan hanya perlu menunjukkan print out nya kepada pemandu bas sebagai bukti pembayaran. Perjalalanan ke Cork dari Dublin mengambil masa lebih kurang 4 jam (355 km) dengan menaiki bas. Nasib Baik juga kami tidak menyewa kereta pada hari tersebut untuk ke Cork kerana sepanjang jalan hujan. Pemandangan menuju ke Cork juga melalui jalan highway juga tidaklah begitu memukau mata.
Glasgow, Scotland
Posted On Friday, July 27, 2007 at at 3:50 AM by SAUniversity of Glasgow
Summer Holiday 2007
Edinburgh, Scotland
Posted On at at 3:31 AM by SASummer Holiday 2007
Edinburgh City
View from the Edinburgh Castle
Newcastle, United Kingdom
Posted On Wednesday, July 25, 2007 at at 1:44 AM by SAAngel of the North, Gateshead
Recommended places to visit around the city are: The River Tyne - is a short walk from the station, and has a pedestrian path on the near side reminiscent of the Queen's Walk in London. There are also city walks along the river, running from May to November. Information can be found at the Tourist Information Centre, near the Monument Metro station. The Tyne Bridge - a good example of a compression arch suspended-deck bridge famous the world over. The Gateshead Millennium Bridge - (cost £22million), acclaimed worldwide for its physical and aesthetic beauty. The bridge not only looks stunning but also uses precision engineering to tilt – like the opening of an eye. Remains of the the Castle Keep - and the surrounding castle garth, the "new castle" of the city's name. Parts of it were built in the 13th century. The remains of the Roman fort at Segedunum - a short walk away from the Wallsend Metro stations. In fact many of the signs at the metro station have been translated into Latin, including the aptly named Vomitorium. Central Arcade - a beautifully preserved traditional shopping arcade, which houses the Tourist Information Bureau and Windows of the Arcade, one of Newcastle's oldest music shops. St Nicholas Cathedral - is worth visiting during opening hours. Walk around Newcastle's China Town - centred on Stowell Street in the city centre, it contains many Chinese, Korean and Japanese restaurants and shops, and has its own Chinese arch.
Durham, United Kingdom
Posted On Monday, July 23, 2007 at at 11:45 PM by SAFacing the cathedral across Palace Green is Durham Castle, originally built by the Normans from 1071, on William the Conqueror's return from campaigning in Scotland. Some of the present structure is more recent, notably Anthony Salvin's Victorian restorations. The two buildings are jointly designated a UNESCO World Heritage Site- one of the original seven in the United Kingdom. The University of Durham was founded in 1832 , which has several buildings on the peninsula and on Elvet Hill on the other side of the river.
Most of the interesting places are all centered in the castle area itself and easily reachable by foot. For example Durham Market Place, Market Square, the River Wear. The River Wear flows north through the city, enclosing the centre on three sides to create Durham's "peninsula". Durham is a hilly city, claiming to be built upon the symbolic seven hills. Upon the most central and prominent position high above the Wear, the cathedral dominates the skyline.
Manchester
Posted On Saturday, July 21, 2007 at at 11:39 AM by SAHome of Manchester United
London City
Posted On Wednesday, July 18, 2007 at at 11:22 AM by SADay 1 & 2, Summer Holiday 2007
Day 1 in London City
Kami tiba di London di awal 6.40 pagi di Lapangan Terbang Stansted, London. Dari situ kami menaiki bas National Express ke Central London yang kosnya 8 Pound untuk dewasa dan 4 Pound untuk kanak-kanak lebih dari 2 tahun. Perjalanan dari Stansted Airport ke central London adalah lebih kurang 1 jam ditambah dengan kesesakan trafik yang sudah menjadi lumrah di kota besar itu.
Semasa menanti sahabat a.k.a pemandu pelancong kami tiba dari Nottingham, kami sempat juga ke London Bridge dan singgah berehat di Green Park kerana kepenatan mengusung beg dan anak-anak.
Selepas Azmi sekeluarga sampai, mereka mengambil kami di Park Royal Train Station dan membawa semua beg ke tempat bermalam kami iaitu Travelodge Park Royal. Bukan sahaja murah, tetapi sangat selesa. Setelah hilang penat, kami terus keluar semula ke kota London untuk mencari pengisi perut.
London Transport: The Tube
The tube merupakan sistem keretapi bawah tanah yang menjadi sistem pengangkutan utama warga London. Kami membeli 1 hari Day Travel Ticket yang membolehkan kita menggunakan sistem keretapi bawah tanah ini ke mana-mana di dalam Kota London (pastikan juga anda memberi untuk ke semua Zone). Ada 2 jenis Day Travel Ticket iaitu anda mula menggunakannya sebelum jam 9.30 pagi (Day Travelcard - Peak) yang harganya lebih mahal berbanding dengan Non-Peak. Pastikan anda tiba di stesen pada jam 9.30 pagi untuk membeli ticket Off-Peak sekiranya merasakan tidak berbaloi harga Peak Travelcard dan juga bersesak-sesak dengan warga kota yang juga mahu keluar bekerja. Harga tiket di hari minggu juga adalah berbeza dengan hari-hari biasa (Isnin - Jumaat). Sila ke laman London Travelcard untuk lebih info.
::The Travelodge::
Travelodge merupakan salah satu tempat penginapan yang paling digemari oleh pelancong ke United Kingdom dan direkemenkan oleh rakan-rakan Malaysia yang sudah biasa di UK dan Ireland. Hotel ini bukan sahaja lengkap dan selesa bahkan juga paling murah sekiranya kita membuat booking awal. Rangkaian hotel ini ada di seluruh UK terutama di highway dan bandar-bandar yang sering dikunjungi orang ramai. Kami amat berpuas hati dengan Travelodge kerana bilik airnya terletak di bilik sendiri berbanding dengan Hotel Formule 1. Travelodge juga menyediakan uncang teh dan kopi untuk tetamunya sebagaimana ciri hotel yang biasa. Namun, hotel ini buat masa ini hanya mempunyai rangkaian di UK dan Ireland sahaja. Oleh itu, di luar UK & Ireland kami masih memilih Hotel Formule 1 kerana harganya.
::Halal Restaurants at Edgware Road, London::
Pemandu pelancong kami membawa kami ke Edgware Road yang katanya banyak terdapat restoran halal. Di Edgware Road ini jugalah terletaknya Restoran Mawar yang dikatakan satu-satunya restoran Halal milik bumiputra Malaysia. Namun, kecewa sungguh kami setelah 2 hari berturut ke Edgware Road, restoran tersebut ditutup. Kelihatannya seperti sudah lama tidak dibuka kerana dari tingkap restoran, di dalamnya seperti terdapat timbunan kotak-kotak. Entah sejak bila lagi ditutup tidaklah kami ketahui. Mungkin ada rakan-rakan yang berada di London atau terkini melawat London boleh memberi update tentang Restoran Mawar yang suatu ketika dulu pernah menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia yang melawat kota London. Update>> Setelah saya membuat sedikit pencarian di internet, rupanya memang benar Restoran Mawar ini telah ditutup. Link kepada direktori London masih mempunyai rekod restoran ini dan banyak juga rupanya komplen dari pelanggan terutamanya berkaitan kualiti perkhidmatan yang semakin menurun sebelum ini dan yang paling banyak dikritik adalah layanan pekerja yang amat kurang memuaskan. Nampaknya entah bila lagi akan ada sebuah lagi restoran milik Malaysian yang halal di kota terkenal itu :(
Walaupun hajat untuk menjamu selera dengan juadah Melayu tidak kesampaian, kami singgah mengisi perut dengan mencuba juadah dari restoran Arab dan Lebanon yang banyak sekali di jalan itu. Kali ke-dua di Edgware Road, kami makan set nasi dengan baby ayam golek bersama sedikit salad. Harga makanan untuk kedua-dua restoran yang kami pergi adalah sekitar 6-8 Pound untuk 1 set hidangan untuk seorang tidak termasuk minuman.
Day 2 in London City
Pada hari kedua yang juga hari terakhir tersebut, sempatlah kami melawat beberapa tempat terkenal seperti London Eye (hanya tengok dari jauh), The Big Ben (Clock Tower), berjalan-jalan di sekitar London National Gallery dan Buckingham Palace. Sekitar jam 4 petang, kami bertolak ke Nottingham untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kami merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat kami, Azmi & Norliza serta Umairah yang sanggup datang ke London menjadi pemandu pelancong kami dan membawa kami pulang bermalam di rumah mereka di Nottingham. Di ketika ini mereka berdua sedang menghabiskan penulisan akhir thesis PhD mereka. Kami amatlah menghargai segala layanan yang diberikan. Semoga berjaya kedua-duanya membawa balik ijazah dan pulang berbakti kepada negara.